PETALING JAYA – Tindakan dua lelaki warga asing yang didakwa meminta bayaran parkir secara haram di kawasan Bukit Bintang di ibu kota mengundang kemarahan orang ramai selepas rakaman perbuatan itu tular di media sosial.
Menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok milik @Apitbull69, dua lelaki terbabit didakwa mengenakan bayaran tidak sah terhadap pemilik kenderaan yang ingin meletakkan kereta di kawasan awam berhampiran Jalan Alor.
“Tak habis-habis dari dulu. Penjaga parkir haram ni minta duit parkir dengan harga tinggi. Kalau tak bayar, kemungkinan kereta kena calar. Jadi saya rakam video, senang nak jadi bahan bukti kalau berlaku apa-apa,” tulis pemilik akaun tersebut.
Dalam video berkenaan, kelihatan pemilik akaun tersebut mempersoalkan tindakan warga asing berkenaan yang meminta RM10 untuk satu parkir, meskipun kawasan itu adalah parkir awam.
“Ini parkir awam, mana boleh ambil duit. Dia mintak RM10. Kalau minta RM2 atau RM3 pun kita boleh pertimbangkan lagi,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan rasa tidak puas hati dan berharap tindakan tegas diambil pihak berkuasa.
“Dah lama mereka kutip duit. Tak bayar nanti kereta kena calar pula. Harap pihak berkuasa jalankan tugas,” kata Wahid.
“Mereka bawa budaya minta-minta duit. Lapor polis, bagi masuk dalam,” komen Kasdi Nuar.
“Kena rakam, tahu pula dia takut. Terbaik abang. Kalau semua rakyat tahu hak sendiri macam abang ni, memang aman negara kita,” ujar Henry. – KOSMO! ONLINE
@apitbull69 Senang buat duit eh kat area bukit bintang@jalan alor, ni modal torchlight, naik motor x pakai helmet , terjerit2 auto parking ni nenek dia yg punya suke2 ambil duit, #malaysia #viralmalaysia #fyp #bukitbintang #jalanalor ♬ original sound – apitbullmmaᴮʳᵃʷˡᵉʳ🥊