PETALING JAYA – “Cerah la cik jah melintas jalan lepas ni, jangan dia mesyuarat bawah tu sudah la.”
Itu antara reaksi orang ramai yang teruja apabila lampu jenis solar telah dipasang di laluan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli.
Malah, menerusi ruangan komen pada hantaran video di media sosial @Muhammad Asyraaf, rata-rata pengguna turut teruja berikutan sering menggunakan laluan tersebut selain memuji pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Alhamdulillah, cerah masa depan sebab selalu pergi Kelantan,” kata @Man Ferio.
“Terbaik, dah pasang lampu. Penyenggaraan jangan lupa buat ya,” pesan @Jai.
“Memang elok pasang lampu solar. Tak payah susah-susah tanam kabel. Belum kira kabel kena curi lagi,” kata pengguna yang lain.
Terdahulu Kosmo! melaporkan, JKR Perak akan memasang 385 lampu jalan jenis solar di JRTB di Gerik-Jeli pada bulan ini.
Pengarah JKR Perak, Ir. Zamri Mat Kasim berkata, pemasangan lampu jalan jenis solar itu termasuk di lokasi kemalangan membabitkan bas dinaiki 42 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan sebuah Proton Alza, Jun lalu. – KOSMO! ONLINE
@asyraafofficial8 Lampu solar sudah pasang lepasni cerah dah jalan gerik jeli #fyp #elektrik #wayerman #2025 #lamputiang #skylight #fypシ゚viral #gerik ♬ original sound – 𝐊𝐞𝐲𝐳𝐳 𝐌𝐮𝐬𝐢𝐜 𖦤