PETALING JAYA – Semangat seorang lelaki yang cacat penglihatan yang berjaya menamatkan larian sejauh 21 kilometer (km) menyentuh hati orang ramai.
Menerusi perkongsian di akaun TikTok Adry Fazmi, memaparkan lelaki tersebut berlari sambil dibantu oleh ahli keluarga dan sahabat sepanjang acara berlangsung.
“Sebagai seorang yang cacat penglihatan, berlari sejauh 21 km terasa seperti mimpi yang tidak dapat dicapai.
“Tetapi dengan sokongan keluarga, pasangan dan kalangan kawan yang betul, saya mendapat kekuatan untuk terus bergerak kerana tiada yang mustahil,” ujarnya menerusi klip tersebut.
Rata-rata orang ramai membanjiri ruangan komen dengan memuji semangat luar biasa lelaki tersebut serta keikhlasan insan-insan tercinta.
“Awak istimewa dik berjaya menamatkan larian serta di kelilingi kawan-kawan positif yang bagi semangat, tahniah!” komen Zura Zainal.
“Kamu sudah menang dalam hidup bang sebab di kelilingi keluarga dan rakan-rakan yang baik macam itu, semoga sentiasa dirahmati,” kata Elle Kayu.
“Terharu betul dengan semangat dia, tahniah untuk keluarga dan kawan-kawan awak dik yang terus kekal sehingga garisan penamat. Bangga dengan anda semua,” balas Annurmrshamizie. -KOSMO! ONLINE
@adryfazmi With the right family, partner and circle of friends, nothing is impossible. As someone who is visually impaired, running 21KM felt like a dream that was out of reach. But with their support, I found the strength to keep moving. If you know someone who is struggling, please reach out. Your encouragement or just being there could be their pivotal moment. A huge thank you to my incredible partner, Alyaa, who was also our logistics shero, and to my best friends, the lovely couple @ammarnaimazmi & @Aida Shafit who were my guide runners. #scoremarathon2025 #AIAscoremarathon #run #halfmarathon #Fitness #dei #blindrunner #visuallyimpaired #fyp #foryou #foryoupage #malaysia #underarmour #underarmourmalaysia #asics #kl ♬ Epic Music(863502) – Draganov89