[VIDEO] ‘Abah minta maaf, ada kemalangan kecil tadi…’

16 hours ago 4

PETALING JAYA – “Abah minta maaf, ada kemalangan kecil tadi….”

Itulah luahan jujur seorang bapa kepada anaknya selepas terlibat dalam satu insiden kecil yang menyebabkan kereta pemuda itu mengalami beberapa kesan calar.

Walaupun tidak melibatkan kecederaan serius, insiden itu cukup merisaukan hati seorang bapa kerana dia sekadar meminjam kereta anaknya.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok @dendidas semalam, dia berkongsi perbualan WhatsApp bersama bapanya itu sehingga mendapat lebih 480,000 tontonan.

Dalam perbualan tersebut, pemuda itu bertanya tentang keadaan bapanya sejurus menerima perkhabaran insiden terbabit.

“Abah okey tak?,” soal @dendidas.

“Okey,” balas bapanya ringkas.

Bagaimanapun, bapanya dilihat serba salah apabila memaklumkan keadaan kereta kepada anaknya itu.

“Cuma kereta ada calar-calar, kena sembur (cat) balik,” kata bapanya.

“Kereta itu memang untuk dipakai. Pakai je, calar itu ada rezeki buat balik sahaja lah,” katanya pemuda itu.

Menjengah ke ruangan komen, seorang individu dikenali sebagai Tuan Khairul menawarkan bantuan untuk cat semula kereta pemuda itu secara percuma.

“Kereta ini beli dengan saya kan? Ada masa hantar balik, saya cat baru untuk awak free (percuma) sahaja,” katanya. – KOSMO! ONLINE

@dendidas Selagi abah okay . Semuanya okay 🤲🏻😂 Misi mencari sponsor cat kereta😂😂 . . . . #dendidas #fyp #familygoals ♬ original sound – Dendidas
Read Entire Article
Pertanian | | | |