Botakkan kepala dulu, baru dapat kerja

15 hours ago 5

PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut apabila diminta untuk membotakkan kepalanya bagi mendapatkan pekerjaan di sebuah syarikat.

Menerusi hantaran di Thread, wanita tersebut berkata dia berdepan situasi itu semasa menjalani sesi temuduga melalui panggilan telefon dengan individu yang mendakwa merupakan pemilik syarikat berkenaan.

“Pengalaman temuduga, ‘boss’ syarikat call (hubungi) untuk interview (temuduga). Syarikat minyak dan gas katanya, tapi ada syarat wajib.

“Syaratnya, kakitangan wajib potong rambut botak sebab bos adalah penyokong NGO (pertubuhan bukan kerajaan) kanser. Walaupun kakitangan bertudung.

“Masa interview, bos nak tengok rambut (Ini paling tak masuk akal),” katanya.

Wanita tersebut berkata, apabila dia mempersoalkan kaitan berambut botak dan pekerjaan tersebut, pemilik syarikat berkenaan menegaskan itu hanyalah tanda sokongannya terhadap NGO berkenaan.

“Lepas itu saya matikan telefon, belum kerja bos dah gila. Kalau dah kerja, mereng!,” katanya lagi.

Dalam hantaran berbeza, wanita berkenaan turut berkongsi tangkap layar perbualannya bersama pemilik syarikat berkenaan yang menunjukkan individu terbabit memaklumkan dia sendiri akan memotongkan rambut bakal pekerjanya itu.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna menasihatkan para wanita agar lebih berhati-hati kerana bimbang individu tersebut hanya menyamar.

“Rasa scam ni, selalu ini jenis yang ‘fetish’ dengan perempuan botak. Geli!,” kata Bney.

“Takut pemerdagangan manusia saja, botakkan orang untuk tukar identiti orang,” kata Nurain.

“Scammer, bukan syarikat betul. Memang banyak dah begini, menyamar dari Jobstreet, dari syarikat entah dari mana-mana,” kata Lynda.

“Scam, orang gila seks. Nasib baik tak tunjuk rambut, banyak dah kes begini. Minta jadi model lah, lepas itu suruh buat benda pelik-pelik,” kata Awang. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |