PETALING JAYA – Gelagat seorang bapa yang sudah bersara dan kini menjadikan aktiviti membeli-belah dalam talian sebagai rutin hariannya telah mencuit hati netizen.
Menerusi satu hantaran di TikTok milik @_Pucellex, dia memberitahu, bapanya sangat teruja menerima setiap bungkusan yang dihantar oleh kurier, seolah-olah menunggu hadiah istimewa setiap hari.
“My father retirement activity is online shopping every single day (Aktiviti persaraan bapa saya adalah membeli-belah dalam talian setiap hari),” tulisnya di dalam video berkenaan.
Perkongsian tersebut turut dihujani ribuan komen lucu daripada netizen yang berkongsi pengalaman sama mengenai ibu bapa mereka.
“Bapak aku paku sebiji pun dia order online,” komen @Lyana.
“Tetapi ayah dia comel. Tambah-tambah masa senyum bawa ‘parcel’ tu,” kata @Nurulnabilah9015.
“Bapak saya lada kering pun beli kt online, comel.. nak marah pun aku tak jadi nak marah,” komen @Cempakakamelia. – KOSMO! ONLINE
@_pucellex bapak siapa lagi macamni? 😂#father #random #retireme #retirementplan ♬ Scheming Weasel – Tsoulfas Panormitis