SEJAK lebih dua dekad lalu, institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), Ranaco Education & Training Institute (RETI) bukan hanya membuktikan kewibawaan dalam melahirkan graduan berkaliber, malah menjadi pilihan utama pelajar yang inginkan kerjaya stabil serta masa depan cerah dalam bidang teknikal dan vokasional (TVET).
Beroperasi di Kemaman, Terengganu sejak tahun 2004, graduan RETI diibaratkan seperti ‘pisang goreng panas’ apabila institusi tersebut menjadi antara IPTS tumpuan pelbagai syarikat dari dalam dan luar negara terutama dalam industri maritim, perkapalan serta minyak dan gas yang memerlukan tenaga kerja mahir.
Ketua Pegawai Eksekutif RETI, Syafiq Asyraf Mohd. Yusup berkata, lebih membanggakan, setiap tahun, hampir 99 peratus graduan institusi itu menerima tawaran kerja sebaik menamatkan pengajian.
“Kebanyakan graduan memperoleh pekerjaan selari dengan bidang pengajian mereka, malah ada antara mereka sudah ditawarkan untuk bekerja sewaktu masih menjalani latihan industri lagi.
“Hanya kira-kira satu peratus graduan tidak terus bekerja, namun bukanlah kerana mereka tidak ditawarkan bekerja. Sebaliknya memilih melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah mahupun memilih bekerja di luar bidang,” katanya baru-baru ini.
Pelajar kursus TVET jaminan kerja Engine Rating menjalani latihan kerja-kerja penyelenggaraan enjin diesel marin di RETI, Kemaman.Shafiq Asyraf berkata, graduan yang dilahirkan RETI bukan hanya mampu berdaya saing dan menepati keperluan industri, malah menyumbang secara signifikan kepada pembangunan modal insan negara.
Beliau berkata, sejak lima tahun lalu, RETI mengorak langkah lebih ke hadapan dengan menjalinkan kerjasama strategik dengan 38 syarikat seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak merangkumi pelbagai bidang industri bagi membuka peluang pekerjaan lebih luas kepada penuntutnya.
“Selangkah kaki pelajar masuk ke RETI, peluang pekerjaan sudah tersedia. Institusi ini lengkap dengan pelbagai fasiliti moden termasuk simulator kapal dan kolam latihan bagi menyokong pembelajaran secara praktikal.
“RETI mampu menampung kapasiti 1,200 pelajar dengan bimbingan 60 tenaga pengajar berpengalaman,” ujarnya.
Pelajar melakukan latihan Helicopter Underwater Escape Training (HUET) yang menjadi salah satu modul kritikal untuk melatih pekerja ke pelantar minyak menggunakan helikopter di RETI, Kemaman.Shafiq Asyraf berkata, enam program ditawarkan bagi sijil TVET iaitu Deck Rating, Engine Rating, Catering Rating, Pipe Gas Insulation, Pipe and Rigger Fitter serta Basic Culinary, manakala sembilan program Diploma termasuk
Diploma Pengurusan Maritim, Diploma Logistik dan Rantaian Bekalan, Diploma Pengajian Nautika serta Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan.
Shafiq Asyraf berkata, RETI turut menjalinkan kerjasama dengan rakan kongsi utama Google di negara ini iaitu Awantec System Sdn. Bhd. (Awantec System), sebagai nilai tambah untuk pelajar meningkatkan pengetahuan dan kepakaran dalam bidang teknologi maklumat berasaskan kecerdasan buatan (AI), selari dengan permintaan industri masa kini.
“Dalam usaha memperluaskan akses pendidikan, RETI juga bekerjasama dengan Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar bagi membantu pelajar daripada golongan berpendapatan rendah dan asnaf.
“Inisiatif tersebut memberi peluang kepada pelajar berpotensi tinggi yang berdepan kekangan kewangan untuk melanjutkan pengajian di RETI,” katanya.
Shafiq Asyraf berkata, RETI mempunyai visi untuk membuka lebih banyak peluang kepada belia untuk membina masa depan lebih baik sekali gus memperbaiki taraf hidup mereka.
Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengajian yang ditawarkan di RETI boleh hubungi di talian 09-850 3160 atau layari laman web reti.edu.my.

2 hours ago
2

















![[VIDEO] ‘Kenapa aku nampak kepala terbang’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-6.02.02-PM.jpeg)
![[VIDEO] Bergurau ketika solat, penghadang jatuh hempap budak hingga longlai](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-5.58.44-PM.jpeg)






























