Keadaan gudang yang terbakar di Batu 9 Sijangkang, Kuala Langat.
- Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
- 2 Februari 2026, 9:20 am
KUALA LANGAT – Tiga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran sebuah gudang barangan kitar semula di Batu 9 Sijangkang di sini, hari ini.
Selain BBP Teluk Panglima Garang, operasi itu turut melibatkan BBP Pelabuhan Klang dan Andalas.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.42 pagi.
“Seramai 18 anggota bersama jentera dikejarkan ke lokasi dan pemeriksaan mendapati kebakaran melibatkan stor simpanan barangan kitar semula (struktur terbuka).
“Premis itu terbakar sebanyak 50 peratus dan tiada mangsa terlibat setakat ini,” katanya.
Tambah beliau, usaha pemadaman masih diteruskan pihaknya bagi memastikan kebakaran itu dapat dipadam sepenuhnya. – KOSMO! ONLINE

1 day ago
5


![[VIDEO] ‘Kenapa aku nampak kepala terbang’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-6.02.02-PM.jpeg)
![[VIDEO] Bergurau ketika solat, penghadang jatuh hempap budak hingga longlai](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-5.58.44-PM.jpeg)



![[VIDEO] ‘Faizah…hiburkanlah saya’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-3.46.22-PM.jpeg)









































