Wanita berkenaan gembira menerima hadiah berupa wang tunai daripada suaminya. - TikTok
- Oleh KOSMO!
- 30 Mac 2026, 9:30 pm
JAKARTA – Satu video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita diberi kejutan berupa wang tunai berjumlah 160 juta rupiah (RM38,000) oleh suaminya sebagai hadiah hari jadi, lapor portal berita Lambe Turah.
Dalam video yang dimuat naik di platform TikTok, suami wanita tersebut pada awalnya mengucapkan selamat hari lahir kepadanya tanpa membawa kek.
Lelaki itu kemudian mengeluarkan sejumlah besar wang tunai yang diikat rapi sebelum meletakkannya di atas meja.
Si isteri yang kelihatan terkejut kemudian tersenyum gembira apabila menerima hadiah tersebut.
Video itu menjadi tular dengan rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan lelaki tersebut yang menghargai isterinya. – AGENSI

6 hours ago
6






![[VIDEO] Ucapan 2022 isteri ‘rider’ maut dilanggar pemandu mabuk undang sebak](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-30-at-2.53.22-PM-1.jpeg)







































