Suami berkira untuk baju raya isteri, habiskan RM200 untuk mercun

10 hours ago 5

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa terkilan terhadap sikap suaminya yang didakwa berkira dalam menyediakan kelengkapan Aidilfitri, khususnya pakaian baharu untuk dirinya.

Menerusi satu hantaran di laman Threads oleh @Dewawijaya2026, wanita itu memaklumkan suaminya menyarankan agar dia mencari baju raya dengan harga sekitar bawah RM200.

Menurutnya, dia akur dengan permintaan tersebut dan akhirnya memilih pakaian yang lebih murah, sekitar bawah RM100 bagi mengelakkan sebarang pertikaian.

“Pada awalnya saya anggap perkara ini kecil dan tidak perlu diperbesarkan. Namun, apa yang membuatkan saya terasa hati adalah apabila suami sanggup berbelanja RM200 untuk membeli mercun dan bunga api pada malam raya bersama adiknya.

“Sedangkan untuk baju raya saya, pelbagai alasan diberikan kononnya mahal,” luahnya.

Tambah wanita itu lagi, dia juga tidak menerima sebarang duit raya daripada suaminya kerana alasan wang tersebut telah digunakan untuk perbelanjaan lain sebelum ini.

“Suami hanya memberi duit raya kepada ahli keluarganya sahaja. Katanya, bahagian saya sudah ‘digantikan’ dengan perbelanjaan makan sebelum ini,” katanya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata bersimpati dengan situasi wanita berkenaan.

@Luqmansan berpendapat perasaan wanita itu adalah wajar dan boleh difahami, terutama apabila keperluan pasangan tidak diberikan keutamaan berbanding perkara lain.

“Sebagai suami, saya melihat perkara ini sebagai sesuatu yang munasabah untuk terasa. Ia memberi pengajaran agar kita lebih peka terhadap keperluan dan perasaan pasangan,” katanya.

@Ninasyawani menasihatkan agar golongan wanita mempunyai sumber pendapatan sendiri bagi mengelakkan kebergantungan sepenuhnya kepada pasangan dalam hal kewangan.

“Adalah lebih baik jika wanita mempunyai pendapatan sendiri supaya lebih bebas membuat pilihan, termasuk membeli keperluan peribadi tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada suami,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |