Stesen minyak hilang sekelip mata 

4 hours ago 2
Tangkap layar video menunjukkan detik sebuah stesen minyak ditelan lubang benam gergasi di Kaherah, Mesir. - Refer to Source
  • Oleh KOSMO
  • 5 Februari 2026, 2:02 pm

KAHERAH – Sekurang-kurangnya dua orang cedera selepas sebuah stesen minyak ditelan lubang benam gergasi sedalam 15 meter yang muncul secara tiba-tiba di Mesir, lapor akhbar The Sun UK. 

Kejadian berlaku di Kaherah, baru-baru ini. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan stesen minyak itu ‘disedut’ ke dalam kawah dengan orang ramai berlari dalam keadaan panik untuk menyelamatkan diri. 

Sekurang-kurangnya dua orang dilaporkan berada di dalam premis semasa kejadian. 

Mangsa cedera  dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut, lapor media tempatan. 

Siasatan awal mendapati lubang terbentuk akibat kerja penggalian di tapak pembinaan berdekatan.

Siasatan masih giat dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar  kejadian. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |