Sindiket ‘booking’ wanita warga asing di WhatsApp, Telegram tumpas

7 hours ago 5

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen (JIM) berjaya menumpaskan sindiket pelacuran dan pelayan pelanggan (GRO) dengan penahanan 89 individu menerusi serbuan ke atas tiga pusat hiburan di sekitar Kuchai, Sri Petaling dan Cheras, di sini, kelmarin.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, serbuan pertama pada pukul 3.30 petang membabitkan dua pusat hiburan yang berselindung di sebalik premis hotel murah.

“Premis tersebut menawarkan wanita warga Thailand, Vietnam, Myanmar dan Indonesia bagi tujuan seks dengan harga antara RM160 hingga RM480.

“Modus operandi sindiket ini adalah dengan mempromosikan perkhidmatan di laman sesawang dan pelanggan akan melanggan melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram sebelum diarahkan ke lokasi tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zakaria berkata, hasil serbuan, seramai 26 wanita warga asing ditahan kerana disyaki menawarkan perkhidmatan seks.

Menurutnya, mereka yang ditahan terdiri daripada daripada enam wanita warga Thailand, Indonesia (8), Vietnam (11) dan seorang wanita warga Myanmar.

“Dua lelaki warga Bangladesh dan Pakistan yang merupakan pekerja premis turut ditahan termasuk empat lelaki tempatan yang disyaki berperanan sebagai penjaga ‘kapten’ premis tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, serbuan serterusnya dijalankan sekitar pukul 10.55 malam membabitkan sebuah pusat hiburan yang menawarkan GRO wanita warga asing.

Zakaria berkata, daripada sejumlah 96 individu diperiksa, seramai 52 wanita warga asing disyaki bekerja sebagai GRO ditahan.

“Penahanan membabitkan 44 wanita warga Thailand, Vietnam (2), Laos (4), Myanmar (2) termasuk lima lelaki Bangladesh dan empat lelaki warga Thailand dipercayai pekerja premis,” katanya.

Kata Zakaria, semua yang ditahan telah dibawa ke Depot Imigresen Putrajaya di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, seramai tujuh individu warga tempatan juga turut dikeluarkan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |