KUALA LUMPUR – Kasih putus di tengah jalan, pelakon Emma Maembong mengakui tidak trauma berdepan kegagalan sebaliknya hanya terkilan apabila bekas kekasihnya, DJ Kidd membuat pengumuman tentang perpisahan mereka.
Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 34, berkata sebagai wanita tentu sahaja berasa malu kerana hal peribadi dikongsikan kepada umum memandangkan selama ini dia lebih selesa menyimpan soal hati.
“Memang ialau boleh saya nak mengelak dan tak suka sangat nak berkongsi cerita dalaman tetapi memandangkan dia pun sudah buat kenyataan, jadi kita ikutlah.
“Adalah sedikit rasa terkilan (DJ Kidd keluarkan kenyataan putus cinta), tapi nak buat macam mana kan? Kita tidak boleh kawal hati orang.
“Apabila perkara ini (perpisahan)terjadi, saya pun kena reda. Terima sahaja ketentuan-Nya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Usanita di Grand Hyatt, semalam
Enggan bermusuh, akui pelakon drama Takdir Itu Milik Aku, antara mereka masih bersahabat cuma bukan akrab seperti dulu.
Pada masa sama, ibu tunggal kepada dua anak itu juga tidak menutup pintu hati untuk lelaki lain disebabkan pengalaman putus cinta yang baru mekar.p
“Kami ada berhubung sebab bagi saya, hidup ini singkat sahaja. Saya pun tidak suka bermusuh atau bermasam muka.
“Saya juga pernah melalui kegagalan dalam perkahwinan. Semua fasa ini mematangkan. Kalau suatu hari nanti berjodohan, kita terima cuma mungkin bukan sekarang.
“Dramatik sangat kalau kata trauma. Perkara itu (trauma) tidaklah sebab beginilah kehidupan. Nak kata serik itu, adalah sikit,” ujarnya.
Terdahulu, bekas kekasihnya itu membuat pengumuman mengejutkan bahawa percintaan mereka sudah berakhir.
Sebelum itu, lelaki terbabit pernah mencetuskan spekulasi sudah mengahwin Emma selepas menyebut perkataan isteri dalam hantaran di media sosialnya. – KOSMO! ONLINE

8 hours ago
7












![[VIDEO] Ada 6 lagi dapat 11A, doakan kawan-kawan saya juga – Fakhrul Iman](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/04/WhatsApp-Image-2026-04-02-at-10.23.27-PM.jpeg)


![[KEMAS KINI] Tiga sekeluarga maut, dua parah kemalangan tiga kenderaan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/04/f0f989eb-d1fe-48e5-ba1a-2ecfc6d9ccdb.jpeg)

































