Sambut ulang tahun Jebat di stesen minyak

7 hours ago 5

PETALING JAYA – Tindakan menyentuh hati seorang ibu yang sanggup menyambut ulang tahun kelahiran anaknya di stesen minyak tempat remaja lelaki itu bekerja mengundang sebak orang ramai di media sosial.

Perkongsian oleh Irfan di TikTok memaparkan, si ibu dan adik lelaki yang sanggup datang ke tempat kerjanya sambil membawa sebiji kek demi meraikan hari istimewa tersebut.

“Ibu rela datang jauh-jauh semata nak sambut ‘birthday’ (ulang tahun kelahiran) dekat tempat kerja.

“Terima kasih banyak ibu telah melahirkan dan membesarkan Jebat. Semoga ibu selalu sihat, murah rezeki, panjang umur dan dilindungi di mana sahaja ibu berada. Sayang ibu,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan orang ramai tersentuh hati dan memuji kasih sayang si ibu serta menasihati anaknya agar terus menghargai pengorbanan wanita itu.

“Alahai sedihnya. Adik, awak kerja elok-elok tau. Jaga mak sungguh-sungguh, nak buat sesuatu tolong ingat mak dulu, ingat pengorbanan dia. Jadi anak yang soleh ya,” kata @Mok Ning Kelate.

“Jaga mak sebaik mungkin ye adik. Bahagiakan dia walaupun ramai yang merendahkan. Ingat, di mata dia kau istimewa,” balas @Kekanda.

Dalam pada itu, orang ramai turut ramai turut meluahkan rasa rindu terhadap insan tersayang yang telah pergi buat selamanya.

“Teringat dekat ayah saya apabila tengok video ini. Macam inilah situasinya, al-Fatihah pada ayahku,” komen @Muhammad Ammar Ajwad.

“Ibu awak buat saya teringat kepada arwah emak saya. Sambutannya sederhana tapi emak tak pernah lupa ulang tahun saya. Paling tidak dia akan nyanyikan lagu hari jadi untuk aku,” kata @Hadie Bibie88. – KOSMO! ONLINE

@irfxnk ibu rela datang jauh jauh semata nak sambut birthday dekat tempat kerja 😭 , terima kasih banyak” ibu telah melahirkan jebat dan membesarkan jebat🥹❤️ , semoga ibu selalu sihat murah rezeki dan panjang umur , semoga allah selalu lindungi ibu dimana pun jua ibu berada , iloveyou ibu 😭❤️ #mom #foryou ♬ original sound – ALIF FITRI
Read Entire Article
Pertanian | | | |