RMK13: Kerajaan sasar 95 peratus perkhidmatan secara online menjelang 2030

23 hours ago 9
Gambar hiasan
  • Oleh TEAM PARLIMEN
  • 31 Julai 2025, 1:06 pm

KUALA LUMPUR – Sebanyak 95 peratus perkhidmatan Kerajaan Persekutuan akan dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya menjelang tahun 2030.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan itu bagi memastikan Malaysia mampu berdiri megah sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi yang berpacukan teknologi AI dan digital.

“Dengan pendekatan berfokus dan usaha berterusan, Malaysia pasti berupaya mencapai kedudukan 20 terbaik dunia dalam Online Service Index (UN e-Government Development Index) serta mengekalkan Kategori A dalam GovTech Maturity Index,”katanya di Dewan Rakyat hari ini.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |