Raya lebih tenang dengan produk halal, berkualiti

18 hours ago 7

SEPANJANG Ramadan dan Syawal, penting untuk kaum ibu terutamanya yang berkerjaya mempunyai pilihan hidangan yang ringkas, cepat disediakan dan berkualiti.

Ia seboleh-bolehnya mudah disediakan, namun tidak seharusnya mengorbankan kualiti mahupun ketenangan fikiran.

Bagi personaliti popular, Sheila Rusly, makanan membawa emosi dan memberikan rasa selesa, sekali gus menjadi sebahagian daripada kisah keluarga. Jelasnya, dengan penggunaan produk yang tepat, sedikit perancangan boleh membawa banyak perbezaan.

“Sebab itu saya percaya bahan yang kita pilih sangat penting kerana ia membantu kita menyediakan hidangan yang bukan sahaja mengenyangkan, tetapi penuh makna,” katanya.

Kosmo! berpeluang menemu bual duta San Remo ini yang berkongsi bagaimana jenama berkenaan kekal sebagai jenama dipercayai oleh keluarga di Malaysia selama lebih 30 tahun, serta keyakinannya menerusi penggunaan bahan berkualiti tinggi dan halal.

Kosmo!: Bagaimana Puan menguruskan penyediaan hidangan sahur, berbuka puasa dan hari raya sebagai seorang ibu yang bekerja?

Sheila: Untuk sahur, saya lebih gemar hidangan yang mengenyangkan tetapi mudah disediakan. Pasta ialah pilihan yang praktikal kerana ia bukan sahaja mengenyangkan, malah boleh dimasak dalam pelbagai cara.

Untuk berbuka puasa pula, saya memilih hidangan yang mudah dan tidak memerlukan masa lama di dapur, terutama sekali pada hari yang sibuk di mana saya perlu mengimbangi keluarga dan tugasan produksi. Sekali lagi, pasta memudahkan perkara ini kerana ia serba guna dan boleh disesuaikan dengan cita rasa tempatan.

Pasta San Remo mempunyai tekstur dan rasa yang konsisten, sekali gus memudahkan proses memasak terutamanya dengan arahan memasak yang jelas pada pembungkusannya yang praktikal.

Apabila kita yakin bahan yang digunakan akan menghasilkan hidangan yang baik setiap kali, ia dapat mengurangkan tekanan di dapur terutama sekali pada bulan Ramadan.

Kepelbagaian bentuk pasta San Remo memudahkan penyediaan hidangan harian mahupun jamuan raya dengan kreatif dan yakin.

Pengguna hari ini semakin peka terhadap bahan-bahan yang digunakan dalam makanan. Apa jangkaan puan sebagai seorang ibu dalam memilih makanan untuk keluarga?

Sebagai seorang ibu dalam keluarga Muslim, saya sentiasa membaca label dan semak sumber makanan saya.

Kualiti bahan ke­rap kali menentukan hasil sesuatu resipi. Keyakinan saya terhadap San Remo disokong oleh komitmen nyata mereka terhadap kualiti. Pasta mereka diperbuat daripada 100 peratus gandum durum, bebas GMO (bahan diubah suai genetik) serta tidak me­ngandungi pewarna, perisa atau bahan pengawet tiruan.

Ciri-ciri ini sangat penting bagi pengguna yang mementingkan kesihatan dan mahukan bahan yang ringkas serta berkualiti. Apabila kita menggunakan bahan yang baik, resipi yang ringkas sekali pun boleh menjadi hida­ngan yang istimewa.

Hidangan hari raya kini banyak menggabungkan cita rasa tradisi dan moden. Bagaimana San Remo sesuai dengan evolusi ini?

Rendang, ketupat dan sate kekal sebagai hidangan penting ketika hari raya, tetapi ramai keluarga turut menyediakan pilihan moden terutamanya untuk golongan muda.

Anak-anak saya sendiri dan tetamu sangat teruja bila saya cipta kelainan melalui resipi yang lebih kreatif dan moden, tapi masih mengekalkan rasa asal. Setiap hidangan tradisional saya olah dah modenkan mengikut cita rasa mereka.

Pada masa sama, cara penyediaan masakan juga menjadi lebih mudah dan ringkas, sesuai dengan gaya hidup sekarang.

Hidangan pasta sangat praktikal untuk rumah terbuka kerana boleh disediakan dalam kuantiti besar dan sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa. Ia juga mudah untuk disediakan dalam kelompok baharu sepanjang hari apabila tetamu datang dan pergi.

Pada pagi Hari Raya, hidangan kegemaran keluarga kami ialah lemang, ayam karipuler dan rendang. Lemang biasanya cepat habis, tetapi sering ada baki rendang. Untuk memastikan tiada makanan terbuang, kami memberi sentuhan moden dengan menjadikannya Pasta Rendang. Ia cara yang menyeronokkan dan lazat untuk mengolah baki hidangan menjadi sesuatu yang baharu.

Sebagai pengguna Muslim, apa yang memberi puan keya­kinan ketika memilih produk untuk keluarga?

Halal bukan sahaja keutamaan semasa Ramadan atau Syawal, tetapi tanggungjawab kita setiap hari. Dengan memilih jenama yang diperakui halal, kita memi­lih ketenangan fikiran.

Sebagai tukang masak di rumah, kita mahu berasa yakin sepenuhnya tentang apa yang dihidangkan kepada anak-anak, suami, ibu bapa dan tetamu. Ia hadir dengan mengetahui bahawa jenama tersebut berkongsi nilai dan memahami keperluan kita.

Warisan 90 tahun San Remo menunjukkan bahawa mereka serius dengan kepakaran mereka.

Produk San Remo yang diedarkan dan dijual di Malaysia diperakui halal oleh Islamic Coordinating Council of Victoria (ICCV) Australia yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Ini memastikan produk memenuhi piawaian halal yang diperlukan untuk pasaran Malaysia.

Ia membuktikan bahawa jenama yang sudah terkenal dengan kualiti ini turut menunjukkan tahap dedikasi yang sama dalam memenuhi keperluan khusus pengguna di sini.

Read Entire Article
Pertanian | | | |