JOHOR BAHRU – Polis Johor akan membuat permohonan reman ke atas tiga individu termasuk Ratu Nur Puteri Ratu Balqis yang ditahan berhubung membuat kenyataan melampau menghasut serta menghina agama Islam, institusi diraja serta kepimpinan negara.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, permohonan reman itu bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan lanjut terhadap Ratu Nur Puteri Ratu Balqis, anak serta abangnya yang masing-masing berusia 17 tahun hingga 49 tahun.
Menurutnya, ketiga-tiga individu tersebut ditahan reman selama empat hari bermula 31 Mac hingga 3 April.
“Reman ke atas ketiga-tiga individu akan tamat esok, Polis Johor akan membuat permohonan sambung reman esok.
“Sambung reman bagi melengkapkan siasatan pihak polis dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan,”katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.
Ab Rahaman berkata, siasatan awal mendapati individu terbabit merupakan ahli keluarga yang terdiri daripada seorang wanita iaitu yang mengaku sebagai Ratu Nur Puteri Ratu Balqis dan anak berusia 17 tahun serta abangnya.
“Mereka tidak bekerja, dan remaja terbabit tidak bersekolah. Setakat ini, polis akan mohon reman dalam tiga atau empat hari lagi namun bergantung kepada pihak mahkamah.
“Berhubung dengan kesihatan mental individu berkenaan, saya tidak dapat mengesahkan statusnya tetapi selesai siasatan kita jalankan bergantung kepada arahan pihak mahkamah samada mereka perlu dirujuk kepada jabatan psikiatrik hospital atau tidak,”katanya.
Ab Rahaman berkata, setakat ini polis mengesahkan tiada pengikut kepada ajaran individu terbabit.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan ketiga-tiga suspek ditahan pada pukul 5 petang di Taman Saujana di sini, 30 April lalu.-KOSMO! ONLINE.

1 day ago
9













![[VIDEO] Ada 6 lagi dapat 11A, doakan kawan-kawan saya juga – Fakhrul Iman](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/04/WhatsApp-Image-2026-04-02-at-10.23.27-PM.jpeg)


![[KEMAS KINI] Tiga sekeluarga maut, dua parah kemalangan tiga kenderaan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/04/f0f989eb-d1fe-48e5-ba1a-2ecfc6d9ccdb.jpeg)
































