PETALING JAYA – Sebuah rumah baharu untuk keluarga Pak Long Man di Kampung Seberang Kuak Hulu di Gerik, Perak hampir siap sepenuhnya selepas kira-kira dua bulan pembinaan dijalankan susulan kebakaran yang memusnahkan kediaman mereka sebelum ini.
Kediaman asal keluarga berkenaan musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 2 pagi dua bulan lalu, menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang manakala isteri Pak Long Man mengalami melecur dan terpaksa dirujuk ke hospital.
Pembinaan rumah baharu itu dilaksanakan menerusi Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) selepas mendapat kelulusan khas daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam tempoh kira-kira dua bulan, dengan tenaga hampir 10 pekerja, rumah tersebut kini hampir siap sepenuhnya dan dijangka boleh didiami sebelum ketibaan bulan Ramadan.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pembinaan rumah itu mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela.
“Mara melalui PPRS sentiasa komited membantu keluarga yang ditimpa musibah seperti ini. Kita bukan sekadar menyalurkan bantuan, tetapi memastikan mereka mendapat kediaman yang selamat dan selesa untuk memulakan kehidupan baharu,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.
Difahamkan, usaha membantu keluarga berkenaan bermula apabila Ketua Cawangan UMNO setempat, Tok Yie, memaklumkan perkara tersebut sebelum permohonan diangkat kepada Timbalan Perdana Menteri bagi mempercepatkan kelulusan.
Wakil yang menziarahi tapak pembinaan semalam turut sempat berpesan kepada Pak Long Man agar melakukan sujud syukur dan tidak meninggalkan solat tahajud apabila berpindah ke rumah baharu nanti.
Beliau berkata, bantuan tersebut bukan sekadar lawatan semata-mata, sebaliknya memastikan ada penyelesaian sebenar buat rakyat, khususnya warga Gerik yang sentiasa dekat di hatinya. – KOSMO! ONLINE

21 hours ago
5



![[VIDEO] Buka pintu mengejut: Nahas babit enam kenderaan, dua cedera](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-08-at-5.57.13-PM-1.jpeg)








![[VIDEO] Gempar, pocong Kampung Parit Kasa akhirnya ditangkap](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-08-at-13.50.36.jpeg)




































