PETALING JAYA – Penang Port Sdn Bhd (Penang Port) telah menerima ketibaan PM SATU, sebuah bot tunda generasi baharu yang direka untuk memenuhi keperluan industri berprestasi tinggi sambil memelihara kelestarian alam sekitar.
Dikendalikan oleh kontraktor yang baru dilantik, Baiduri Dimensi, PM SATU tiba di perairan Pulau Pinang pada 29 Januari lalu dan telah memulakan operasi sepenuhnya pada 1 Februari lalu.
Ketibaan PM SATU telah meningkatkan kapasiti bollard pull bot tunda kepada 50 tan, iaitu peningkatan sebanyak 11peratus daripada standard terdahulu sebanyak 45 tan.
Peningkatan ini secara langsung memenuhi trend global kapal kargo yang kini
semakin besar ukurannya.
“Dengan kapasiti yang dipertingkatkan, kami kini mampu mengendalikan kapal kontena, kapal pukal (bulk carriers), dan kapal tangki yang lebih
besar dengan sokongan navigasi serta keselamatan yang lebih mantap.
“Bagi pelanggan kami, ia membawa kepada masa pusing balik (turnaround time) yang lebih singkat, penjimatan ketara bagi caj pelabuhan serta pengurangan masa menunggu yang merugikan.

“Kami kini dilengkapi sepenuhnya untuk membantu pelanggan
mengoptimumkan masa kapal mereka di laut, memastikan Pelabuhan Pulau Pinang terus menjadi hab yang pantas, cekap dan ekonomik selaras dengan
penambahbaikan berterusan dalam perkhidmatan maritim,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Selain itu, PM SATU dapat memperluaskan peranannya melalui perkhidmatan Ship-to-Ship (STS) untuk Andaman Port Sdn Bhd yang mana kerjasama ini melibatkan sokongan pemindahan minyak dan gas, sekaligus mengukuhkan
kedudukan Pelabuhan Pulau Pinang sebagai pintu masuk yang boleh dipercayai bagi wilayah utara.
“Melalui kerjasama ini, kami menyumbang kepada pertumbuhan
serantau dan menggalakkan kelancaran operasi maritim untuk keseluruhan industri,” jelasnya.
Ketibaan PM SATU bukan sekadar penambahan bot tunda, tetapi satu pernyataan
jelas tentang hala tuju PPSB. Ia membuktikan bahawa Pelabuhan Pulau Pinang
berjaya menggabungkan kemampuan industri berat dengan teknologi hijau.
Sementara menantikan ketibaan bot tunda kedua, PM DUA, Penang Port terus menerajui penyediaan penyelesaian maritim bertaraf tinggi dan lestari yang menyokong pertumbuhan ekonomi serta tanggungjawab terhadap alam sekitar. -KOSMO! ONLINE

3 hours ago
2



![[VIDEO] ‘Dah salah, lagi nak tunjuk gengster tahi kucing’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/samseng.jpeg)













































