Pickleball 2026 perkukuh hubungan media, Bank Rakyat

4 hours ago 7

KUALA LUMPUR – Kejohanan Pickleball Media Bank Rakyat 2026 sebagai sebahagian daripada usaha berterusan bank untuk memperkukuh hubungan strategik bersama rakan media, di samping mempromosikan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan pengamal media.

Penganjuran julung kali yang dianjurkan di The Hood, Chow Kit semalam berlangsung meriah apabila disertai seramai 64 peserta terdiri daripada organisasi media arus perdana, penyiaran dan digital.

Antara organisasi media yang terlibat adalah Kosmo!, Utusan Malaysia, Astro Arena, Hot FM, Bernama, RTM, TV3, Berita Harian, New Straits Times, Harian Metro, TV9, Refleks, Suria FM, INFLUASIA, Sinar Karangkraf, Omnia, Makkal Osai, The Star, Free Malaysia Today dan Siakap Keli.

Kejohanan julung kali itu dibahagikan kepada lapan kumpulan yang menyaksikan juara dan naib juara setiap kumpulan layak ke peringkat kalah mati.

DUA wakil Kosmo!, Zuhaily dan Izham bergambar kenangan bersama Johan (kanan) dan Ozlynn (dua dari kiri) sebelum aksi suku akhir semalam.

Gandingan Kosmo!, Izham A.Rahim dan Zuhaily Badlishah yang pertama kali dibentuk berjaya memenangi kesemua aksi peringkat kumpilan dan mara sehingga ke suku akhir sebelum tewas tipis kepada gandingan Johan dan Ozlynn dari Hot FM.

Hanif Miswan dan Fathy Azlan dari Astro Arena muncul juara sulung kejohanan menewaskan gandingan Hazwan Alias dan Syaheer Shahabudin dari TV3.

Mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000, manakala naib juara memenangi wang tunai berjumlah RM800.

Gandingan Johan dan Ozlynn menerima wang tunai berjumlah RM500 selepas berjaya mendapat tempat ketiga.

NIZAM (tiga dari kiri) bersama pemenang Kejohanan Pickleball Media Bank Rakyat 2026 di The Hood semalam.

Ketua Pegawai Pemasaran & Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani menjelaskan bahawa kejohanan itu mencerminkan komitmen Bank Rakyat dalam membina serta memperkukuh hubungan strategik jangka panjang bersama rakan media.

“Media memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat tepat dan berintegriti kepada masyarakat. Melalui pendekatan libat urus yang lebih santai seperti ini, Bank Rakyat bukan sahaja mengeratkan hubungan kerjasama, malah mewujudkan ruang interaksi yang lebih terbuka dan membina,” katanya.

Beliau turut menbahawa pemilihan sukan pickleball adalah bagi membolehkan penyertaan yang lebih inklusif dan dinamik sekali gus memupuk semangat kesukanan serta memperkukuh kerjasama dalam suasana yang positif. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |