Penunggang motosikal maut selepas empat jam bertarung nyawa

8 hours ago 4
Keadaan nahas membabitkan sebuah motosikal dan kereta di kilometer enam, Jalan Bahau-Juasseh, awal pagi tadi. - Foto IHSAN POLIS
  • Oleh NOR AINNA HAMZAH
  • 28 Julai 2025, 1:41 pm

JEMPOL – Seorang lelaki maut selepas empat jam dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah setelah terbabit dalam kemalangan di Kilometer 6, Jalan Bahau-Juasseh, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Norhisham Mustapar berkata, nahas pada pukul 1.30 pagi itu membabitkan kereta jenis Volkswagen dipandu lelaki berusia 25 tahun dan motosikal Honda C100 ditunggang mangsa berusia 36 tahun.

Katanya, nahas dipercayai berlaku semasa pemandu kereta dari arah Kuala Lumpur menghala ke Bahau, manakala penunggang motosikal pula dari arah Kuala Jempol dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak berdekatan lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kereta itu dikatakan gagal mengelak sebuah motosikal yang keluar dari simpang kiri. Akibatnya penunggang motosikal parah dan dikejarkan ke HTAN, namun pada pukul 5.10 pagi mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |