JITRA – Seorang pemandu van warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian gadis berusia 22 tahun, bulan lalu.
Tertuduh, Yusof Senkonam, 60, membuat mohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Thai di hadapan Majistret Nor Syaliati Mohd. Sobri.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu van jenis Toyota Hiace secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian penunggang motosikal jenis Modenas, Fatin Nursyafikah Haris Bawijad.
Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Napoh, Jalan Alor Setar-Bukit Kayu Hitam, di sini kira-kira pukul 10.30 malam, 15 Januari lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda minimum RM20,000 serta maksimum RM50,000, jika sabit kesalahan.
Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Asyiqin Hedzir manakala tertuduh diwakili peguam, Zabidah Ahmad.
Pihak pendakwaan menawarkan jaminan berjumlah RM15,000 dengan dua penjamin warga tempatan, namun Zabidah meminta jaminan paling rendah selain memohon pasport tertuduh dilepaskan sementara kerana akan mengerjakan umrah bermula esok.
Zabidah turut memaklumkan anak guamnya merupakan guru agama di kampung tertuduh di Satun, Thailand selain berjawatan sebagai ketua daerah di sana serta menghidap kencing manis dan menyara isteri bersama tiga anak.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM10,000 dengan dua penjamin warga tempatan dan tertuduh tidak dibenarkan memandu di negara ini sepanjang proses perbicaraan, selain perlu melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan.
Nor Syaliati turut mengarahkan peguam membuat permohonan pelepasan pasport sementara untuk membolehkan tertuduh berangkat ke Tanah Syci dan menetapkan 15 Mac sebagai tarikh sebutan semula.
Kosmo! pada 16 Januari lalu melaporkan seorang gadis yang dalam perjalanan pulang ke rumah maut dirempuh sebuah van dari Thailand yang dipercayai melanggar lampu merah di persimpangan lampu isyarat Napoh, dekat sini.
Nahas meragut nyawa Fatin Nursyafikah yang bekerja sebagai pembantu kedai makan dan dia disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.-KOSMO! ONLINE

18 hours ago
6



![[VIDEO] Buka pintu mengejut: Nahas babit enam kenderaan, dua cedera](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-08-at-5.57.13-PM-1.jpeg)








![[VIDEO] Gempar, pocong Kampung Parit Kasa akhirnya ditangkap](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-08-at-13.50.36.jpeg)




































