Pemain lokal terima impak baik peraturan berubah

7 hours ago 2

KEPUTUSAN Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk mengurangkan kuota import atas padang akan memberikan impak besar buat pemain tempatan dan ia disambut baik oleh pasukan bertanding di Liga Super.

Walaupun hanya berlaku pengurangan satu kuota, keputusan itu dilihat mampu menambahkan daya saing dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) dan secara tidak langsung mampu mewujudkan peluang buat pemain tempatan berkembang.

“Kami menyambut baik pindaan ini yang dapat memberi peluang kepada pemain tempatan untuk mendapatkan lebih banyak minit permainan dan pengalaman beraksi di peringkat tertinggi. Kami komited untuk memberi kepercayaan kepada pemain tempatan yang menunjukkan mentaliti kompetitif.

“Keseimbangan sebenar bermula apabila pemain tempatan mampu mengambil tempat pemain import, bukan sekadar diberi tempat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Negeri Sembilan FC, Faliq Firdaus.

Kelmarin, MFL menerusi satu kenyataan mengumumkan pindaan peraturan pemain asing Liga M 2025/ 26 yang menyaksikan kuota pemain asing di atas padang dikurangkan kepada enam berbanding tujuh seperti ketetapan sebelum ini.

Berdasarkan pindaan terbaharu itu, kuota pemain asing di atas padang adalah seramai 6+3 (simpanan) dengan komposisi empat import terbuka, satu Asia dan satu Asia Tenggara

Keputusan itu dibuat selepas mengambil pertimbangan semula impak kepada Liga M dan juga perkembangan pemain tempatan serta berpendapat kehadiran lebih ramai pemain Asia Tenggara tidak memberi banyak impak kepada prestasi pasukan.

Pendapat sama turut diluahkan oleh pengurus pasukan Terengganu FC, Shahrizan Mohd Zain yang melihat keputusan pindaan ini seiring dengan perancangan kelab untuk mengetengahkan pemain tempatan termasuk pemain muda.

“Sudah tentu apabila pemain import dikurangkan, bonus untuk pemain tempatan rebut peluang berada dalam kesebelasan utama. Perancangan kami sememangnya berjalan lancar untuk memastikan keseimbangan antara import dan tempatan selepas ini,” katanya.

Read Entire Article
Pertanian | | | |