Lelaki warga emas lemas jatuh parit

1 day ago 6
LELAKI warga emas dipercayai lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit di Pekan Sungai Dulang, Hutan Melintang, Bagan Datuk hari ini.
  • Oleh KOSMO!
  • 2 Februari 2026, 12:25 pm

BAGAN DATUK – Seorang lelaki warga emas ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit di Pekan Sungai Dulang, Hutan Melintang di Bagan Datuk hari ini.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.42 pagi dan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang digerakkan ke lokasi untuk operasi menyelamat.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, terdapat seorang lelaki berusia 83 tahun jatuh dalam parit. Mangsa bagaimanapun dibawa naik ke tebing dengan dibantu pihak polis dan orang awam,” katanya hari ini.

Menurut beliau, pasukan perubatan mengesahkan warga emas itu telah meninggal dunia. Mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada pukul 10.46 pagi. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |