Kerjaya masa depan bukan lagi cikgu, peguam tetapi kemahiran teknologi

14 hours ago 6

PETALING JAYA – Jika dahulu cita-cita popular ingin menjadi cikgu, doktor atau peguam, namun realiti kerjaya pada masa depan lebih memfokuskan bidang kemahiran berasaskan teknologi.

Pakar perunding motivasi, Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad berkata, masa depan pekerjaan akan lebih berpaksikan kemahiran teknologi dan kemahiran adaptif, bukan sekadar profesion tradisional.

Menerusi perkongsian di Facebook, beliau menekankan pentingnya pelajar hari ini memilih bidang pengajian yang selari dengan permintaan pasaran kerja untuk tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

“Apabila anak-anak memilih bidang pengajian di kolej atau universiti, pilihlah bidang yang ada demand (permintaan) pekerjaan untuk lima hingga 10 tahun akan datang,” katanya.

Beliau turut menyenaraikan 10 bidang utama yang diramal mempunyai permintaan tinggi antara 2025 hingga 2035.

“Bidang kecerdasan buatan (AI) dan data sains yang melibatkan kerjaya penganalisis data, jurutera AI dan pakar pembelajaran mesin.

“Bidang kesihatan mental dan psikologi (terapis, kaunselor, psikologi pendidikan dana pakar neurotingkahlaku) serta bidang teknologi hijau dan tenaga bolheh diperbaharui (jurutera tenaga solar, perunding alam sekitar),” jelasnya.

Selain itu, beliau turut mencadangakn bidang keselamatan siber yang menyediakan kerjaya seperti penganalisis keselamatan siber dan penggodam etika.

“Bagi bidang perawatan kesihatan dan kejururawatan profesional, mereka boleh bekerja sebagai jururawat pakar, jurupulih carakerja dan ahli fisioterapi.

“Pendidikan digital dan pembangunan kandungan (pereka pembelajaran digital, pencipta kandungan pendidikan dan pendidik dalam talian,” katanya.

Tambahnya, antara bidang pengajian lain ialah pemasaran digital dan e-dagang, robotik dan automasi, kewangan digital dan teknologi ‘blockchain’ serta agroteknologi dan makanan masa hadapan.

“Banyak kerja masa depan belum wujud hari ini. Tapi asasnya adalah kemahiran teknologi, komunikasi, kreativiti, dan adaptasi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |