Kenderaan di Plaza Tol Gombak, Sungai Besi mula ‘beratur’

4 days ago 12
Keadaan terkini aliran trafik di Plaza Tol Gombak dan Sungai Besi malam ini.
  • Oleh KOSMO!
  • 30 Januari 2026, 10:22 pm

PETALING JAYA – Aliran trafik di dua plaza tol menghala ke selatan dan Pantai Timur mula sesak malam ini ekoran warga kota mula pulang ke kampung halaman masing-masing sempena cuti perayaan Thaipusam dan Hari Wilayah.

Tinjauan Kosmo! di portal Jalannow mendapati kenderaan mula bergerak perlahan di beberapa kawasan di Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak (KLK)

Kesesakan itu bermula di Plaza Tol Gombak hala ke Pantai Timur dan juga sekitar kawasan Genting Sempah serta Bukit Tinggi.

Sementara itu, bagi Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, trafik dilaporkan sesak di Plaza Tol Sungai Besi.

Bagi arah utara, kebanyakan kawasan masih lagi lancar dan terkawal ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |