Kedai Emas Sri Semantan sasar buka 30 cawangan

9 hours ago 6

PETALING JAYA – Kedai Emas Sri Semantan terus mengu­kuhkan kedudukannya dalam industri emas dan barang kemas, apabila membuka cawangan terbaharunya yang ke-21 di Nilai, Negeri Sembilan, sekali gus menyasarkan pembukaan sekurang-kurangnya 30 kedai emas menje­lang penghujung tahun ini.

Pembukaan cawangan baharu itu dilihat sebagai satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan perniagaan berkenaan yang berkembang hasil gabungan usaha, kesabaran, keyakinan serta sokongan daripada komuniti, rakan niaga dan pasukan kerja.

Pengerusi Kedai Emas Sri Semantan berkata, Mohamad Hafizal Mahmood berkata, pembukaan cawangan di Nilai bukan sahaja menjadi langkah pengembangan perniagaan, malah diharap dapat merancakkan aktiviti ekonomi setempat serta memberikan lebih banyak pilihan kepada masyarakat, khususnya penduduk di Negeri Sembilan dan kawasan sekitarnya.

Menurut beliau, pihaknya optimis sasaran untuk memiliki sekurang-kurangnya 30 cawangan menjelang akhir 2026 mampu direalisasikan dengan sokongan berterusan daripada seluruh komuniti Kedai Emas Sri Semantan.

“Kita jadikan pembukaan ini sebagai lakaran baharu dalam perjuangan untuk memartabatkan ekonomi bukan sahaja ke­luarga, tetapi bagi keluarga keseluruhan rangkaian kita,” katanya pada majlis pembukaan kedai emas syarikat di Nilai

Mohamad Hafizal menerangkan, pihaknya sentiasa berusaha menawarkan pilihan emas pada harga yang berpatutan dengan kualiti yang setanding, selain menitikberatkan pengalaman dan layanan mesra kepada pelanggan.

“Kami sentiasa komited untuk memastikan setiap pelanggan yang datang mendapat pengalaman yang memuaskan dan berbaloi.

“Kami percaya layanan yang baik dan mesra pelanggan adalah kunci utama untuk memastikan pelanggan selesa dan terus memilih Emas Sri Semantan tanpa mengira usia atau latar belakang,” katanya.

Tambah beliau, perniagaan, Emas Sri Semantan turut memainkan peranannya d dalam meningkatkan kesedaran pengguna mengenai kepen­tingan emas sebagai aset yang boleh menjadi sandaran ketika berdepan waktu sukar. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |