TAHUN ini, sekali lagi lagu raya ciptaan Aisha Retno menjadi trending dan paling viral sepanjang musim Syawal.
- Oleh HIBGLAM
- 28 Mac 2026, 10:45 am
SEJAK lagu Jodoh Lebaran nyanyian Aisha Retno mendunia, ramai yang berharap mendapat jodoh pada hari raya tahun ini.
Sayangnya, ramai yang berkongsi masih tiada ‘jodoh’ melekat meski sudah mengucapkan selamat hari raya kepada individu yang diminati.
Lucunya, Aisha juga rela melabel lagunya sebagai ‘scam’ sekiranya Jodoh Lebaran gagal menjadi asbab mana-mana individu memiliki pasangan.
“Jadi, lepas ucap ‘selamat hari raya’ dulu jodoh lebaran kalian sudah datang ke?
“Kalau belum, saya isytiharkan lagu diri sendiri ini ‘scam,’” katanya.
Sehingga hari ini, muzik video rasmi Jodoh Lebaran meraih lebih lapan juta tontonan sejak ditayangkan tiga minggu lagu.

17 hours ago
7

![[VIDEO] Suami beli baju ‘ala hospital’ demi sedondon dengan isteri di hospital](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-28-at-4.51.14-PM.jpeg)













































