JIGC 2025 tawar peluang keemasan

9 hours ago 2

KUALA LUMPUR – Penganjuran edisi ke-10 Kejohanan Golf Jemputan Remaja RSGC-SportExcel (JIGC) mencipta sejarah tersendiri apabila saingan membuka tirainya di Kelab Golf Diraja Selangor (RSCG) dari 20 hingga 22 Mei ini.

Menariknya, empat pemain terbaik Malaysia bakal dipilih untuk mewakli negara bersaing di Kejohanan Remaja Serantau Asia Tenggara dengan semua kos akan ditanggung oleh pihaknya.

Pengerusi kejohanan, Khor Yew Teik berkata, inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan pihaknya untuk menyediakan laluan pembangunan yang bermakna kepada pemain muda agar mereka dapat berkembang dan membawa nama Malaysia ke pentas lebih tinggi.

Tambah Yew Teik, penganjuran tahun ini bukan sahaja mencipta sejarah tersendiri, malah turut mencerminkan perjalanan luar biasa penganjur dalam membina platform bertaraf antarabangsa buat bakat-bakat muda.

“Tahun ini merupakan satu pencapaian penting bagi kami kerana genap satu dekad penganjuran kejohanan berprestij ini.

“Apa yang bermula sebagai inisiatif akar umbi kini berkembang menjadi antara kejohanan jemputan remaja paling dihormati di rantau ini,” katanya kepda pemberita dalam sidang akhbar kejohanan hari ini.

Kejohanan anjuran bersama RSGC dan Yayasan Kecemerlangan Sukan Malaysia (SportExcel) itu menyaksikan penyertaan 66 pemain remaja dari enam negara.

33 daripada jumlah itu adalah peserta tempatan, manakala selebihnya mewakili negara-negara luar seperti Indonesia, Singapura, Korea Selatan, Jepun dan Taiwan bersaingdalam empat kategori iaitu lelaki dan perempuan umur 16 hingga 18 tahun serta 15 tahun dan ke bawah.

Kejohanan berkenaan turut menerima sokongan daripada Persatuan Golf Malaysia (MGA) yang memainkan peranan penting dalam memastikan pengiktirafan serta pemerkasaan golf di peringkat remaja tanah air.

Terdahulu, edisi 2024 menyaksikan pemain Indonesia, Jonathan Manuel Wijanto dan Ngo Yi Belle dari Malaysia muncul juara keseluruhan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |