Jenazah Muhammad Zahir selamat dikebumi

10 hours ago 6
Suasana pengebumian Allahyarham Muhammad Zahir di Tanah Perkuburan Islam Seri Cheeding, Banting.-Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!
  • Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
  • 6 Februari 2026, 8:02 pm

KUALA LANGAT – Jenazah mangsa kebakaran, Allahyarham Muhammad Zahir Adha Mohd. Zaid berusia tiga tahun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seri Cheeding, Banting di sini, pukul 5 petang tadi.

Suasana pilu menyelubungi kawasan tanah perkuburan yang dihadiri ahli keluarga dan saudara mara selain kejiranan. Jenazah Allahyarham sebelum itu dibawa dari Unit Forensik Hospital Banting selepas selesai dimandi dan dikafankan, kira-kira pukul 4.10 petang.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan permintaan kecil kanak-kanak itu untuk dibelikan coklat bertukar memori terakhir keluarganya apabila ditemukan rentung dalam kebakaran di rumah sewa mereka di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding, kira-kira pukul 4.15 pagi.

Lebih menyayat hati, hasrat itu tidak sempat ditunaikan apabila bapa mangsa berkenaan keluar ke kedai ketika kebakaran berlaku.- KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |