Isteri ‘kantoi’ curang ketika suami baiki CCTV jiran

4 hours ago 2

BEIJING – Seorang lelaki di Hangzhou terkejut apabila mendapat tahu mengenai kecurangan isterinya ketika dia membaiki kamera televisyen litar tertutup (CCTV) milik seorang jiran, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Menurut lelaki yang hanya dikenali sebagai Wang, dia mempunyai kemahiran membaiki CCTV kerana pernah membuka kedai baiki barangan elektronik.

Namun suatu hari, kecurangan isterinya terbongkar apabila Wang terlihat aksi wanita tersebut bersama kekasih gelapnya menerusi rakaman CCTV jiran mereka.

Menurut Wang, dalam rakaman tersebut, isterinya pada awalnya menunggang motosikal elektrik menuju ke arah sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan.

“Ada sebuah kereta sudah menunggu. Isteri saya kemudian masuk ke dalam kereta itu,” katanya.

Berdasarkan data rakaman, isteri Wang berada di dalam kenderaan itu selama 47 minit sebelum dia keluar dari kereta.

Wang kemudian terkejut apabila melihat seorang lelaki tidak dikenali turut keluar dari kereta itu sebelum menyerahkan sebuah kotak kepada isterinya.

“Wajah isteri saya kelihatan gembira selepas keluar dari kereta. Dia bahkan tersenyum ketika mendapat kotak hadiah,” kata Wang.

Lelaki itu menambah, dia menyedari bahawa pada malam kejadian, isterinya secara tiba-tiba keluar dari rumah tanpa memberitahunya selepas menjawab satu panggilan telefon.

Selepas melihat rakaman CCTV bertarikh dua hari sebelumnya itu, Wang bertanyakan kepada isterinya mengenai kejadian tersebut.

Wanita itu kemudian mengakui bahawa lelaki di dalam kereta tersebut ialah teman lelaki yang juga merupakan bekas rakan sekelasnya.

Tidak dinyatakan nasib pasangan suami isteri itu selepas kejadian tersebut, namun rata-rata pengguna media sosial meminta agar Wang menceraikan isterinya. – AGENSI 

Read Entire Article
Pertanian | | | |