Ibu tunjang mencorak generasi berakhlak, berilmu – Anwar

17 hours ago 7
  • Oleh KOSMO!
  • 11 Mei 2025, 11:47 am
Gambar yang dikongsi di laman Facebook Anwar Ibrahim.

PETALING JAYA – Perdana Menteri menitipkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu di negara ini.

Menerusi satu hantaran di laman Facebooknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ibu menjadi asas kepada lahirnya keluarga serta masyarakat yang bermaruah, unggul dan madani.

“Ibu bukan sekadar permaisuri dalam keluarga, tetapi tunjang utama dalam membentuk serta mencorak generasi penerus yang berakhlak dan berilmu.

“Ibu juga bersedia memimpin masa depan dengan sikap belas yang tinggi beserta curahan bakti dan kasih sayang,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |