Pasukan forensik menjalankan pemeriksaan di lokasi dua beranak maut dipercayai ditetak di Juru, malam tadi. - Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN
- Oleh KOSMO!
- 18 Oktober 2025, 11:09 pm
SEBERANG PERAI – Seorang ibu muda bersama anak perempuannya ditemukan maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai dibunuh dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Juru, Seberang Perai, malam tadi.
Mangsa Melayu berusia 20-an, manakala anak perempuan pula berumur 11 tahun. Kedua-dua mereka dipercayai ditemukan dengan kesan tikaman pada badan.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam tadi, mayat si ibu ditemukan di bahagian dapur manakala anaknya di ruang tamu kediaman jenis separa kayu dua tingkat.
Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa. -KOSMO! ONLINE

3 months ago
54



![[VIDEO] ‘Kenapa aku nampak kepala terbang’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-6.02.02-PM.jpeg)
![[VIDEO] Bergurau ketika solat, penghadang jatuh hempap budak hingga longlai](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-5.58.44-PM.jpeg)



![[VIDEO] ‘Faizah…hiburkanlah saya’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-3.46.22-PM.jpeg)








































