HONOR Magic V5, rekaan paling nipis tanpa kompromi

14 hours ago 4

HONOR sekali lagi menggegarkan dunia teknologi mudah alih menerusi pelancaran model telefon pintar boleh lipat terbaharunya, HONOR Magic V5 yang mengukuhkan reputasi jenama itu sebagai antara pengeluar peranti paling berkuasa dan tahan lasak dalam kelasnya.

Dengan ketebalan hanya 8.8 milimeter (mm) dan berat 217 gram, HONOR Magic V5 menjadi telefon boleh lipat ke dalam paling nipis dan ringan di dunia. Meskipun menampilkan rekaan anggun dan minimalis, tiada sebarang kompromi dibuat dari segi prestasi, ketahanan, mahupun keupayaan kamera.

Berbanding pesaing utamanya, Samsung Galaxy Z Fold 7 yang mempunyai ketebalan 8.9mm, Magic V5 bukan sahaja lebih nipis, malah berjaya mengelakkan sebarang pengurangan spesifikasi yang ketara.

Apa yang membezakan Magic V5 daripada pesaing ialah keupayaannya menggabungkan rekaan ultra-nipis dengan bateri berkapasiti besar. Dengan penggunaan bateri silikon-karbon 5820mAh, Magic V5 menawarkan daya tahan luar biasa dalam badan yang nipis dan ringan.

Sebagai perbandingan, Magic V5 mengatasi bateri 5150mAh dalam Magic V3, dan jauh lebih unggul daripada Z Fold 7 yang hanya dilengkapi bateri 4400mAh. Ini membuktikan bahawa HONOR bukan sekadar mengejar reka bentuk, tetapi juga penggunaan harian.

Gambar yang diambil Kenji Ooi menggunakan HONOR Magic V5.

Nipis tapi berkuasa

Telefon ini juga menampilkan sistem penyejukan yang dibangunkan khusus untuk rekaan telefon boleh lipat. Walaupun dengan ruang dalaman lebih terhad, HONOR berjaya mengekalkan pengurusan haba kelas flagship tanpa menjejaskan prestasi cip atau jangka hayat peranti.

Dari segi kuasa pemprosesan, HONOR Magic V5 dipacu oleh Snapdragon® 8 Elite Mobile Platform, yang merupakan cipset paling berkuasa tahun ini. Ia memberikan kelancaran, kecekapan tenaga dan prestasi grafik yang setanding dengan peranti flagship terbaik di pasaran.

Bahagian kamera tidak dikompromi, malah menerima peningkatan besar berbanding model terdahulu. HONOR Magic V5 dilengkapi sistem tiga kamera belakang profesional:

  • 64 megapiksel (MP) kamera telefoto periskop (OIS),
  • 50MP kamera utama Falcon ultra sensitif (OIS), dan
  • 50MP kamera ultra-lebar.

Untuk kamera hadapan, dua unit 20MP disediakan untuk swafoto yang tajam dan panggilan video berkualiti tinggi, sesuai untuk pengguna profesional dan pencipta kandungan.

Keupayaan kameranya telah diuji oleh jurufoto terkenal seperti Kenji Ooi dan Muhd. Fuad, dengan gambar yang diambil mereka menunjukkan hasil tajam dan seimbang dari segi warna.

Gambar yang diambil Muhd. Fuad menggunakan HONOR Magic V5.

Kekuatan Magic V5 tidak terhenti setakat itu. Peranti ini beroleh penarafan IP58 dan IP59, menjadikannya antara telefon boleh lipat paling tahan terhadap habuk, air dan persekitaran ekstrem. Tahap ketahanan ini sangat jarang ditemui dalam telefon lipat lain.

HONOR turut mengetengahkan teknologi Super Steel Hinge, engsel tahan lasak yang direka untuk tahan lebih 500,000 kali lipatan. Ini bersamaan dengan lebih 13 tahun penggunaan jika dilipat 100 kali sehari, suatu angka yang mengagumkan dalam kategori ini.

Memperkukuhkan lagi reputasinya ialah penularan satu video demonstrasi menarik yang menunjukkan engsel Magic V5 berjaya menampung beban seberat 35 kilogram, membuktikan keupayaan kejuruteraan HONOR yang begitu teliti dalam aspek ketahanan struktur dan mekanikal.

Skrin luar Magic V5 pula dilindungi teknologi Anti-scratch NanoCrystal Shield, dengan 3 kali rintangan haus, 10 kali ketahanan jatuh, dan 15 kali rintangan calar. Ia juga menampilkan lapisan anti-cap jari untuk tampilan lebih bersih dan premium.

Sementara itu, skrin dalam pula menggunakan Super Armored Display yang mengandungi bahan bendalir Non-Newtonian, iaitu sejenis material canggih yang mengeras apabila terhentak. Ia digabungkan dengan lapisan perlindungan silikon dan AI Foreign Object Detection, yang akan memberi amaran sekiranya terdapat objek asing antara skrin.

HONOR Magic V5 hadir dalam empat warna elegan: Dawn Gold, Ivory White, Silk Brown dan Black, menyasarkan pengguna premium yang menekankan gaya serta keanggunan.

HONOR Magic V5 akan dilancarkan pada 15 Julai 2025, lebih banyak info dan harga akan diumumkan nanti. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |