INDRA PUTRA (belakang, dua dari kanan) pada Malam Gemilang Bintang Juara FC (BJFC) di Hotel Grand Kampar di Kampar malam tadi.
- Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
- 28 Mac 2026, 10:41 am
KAMPAR – Skuad bola sepak kebangsaan Harimau Malaya perlu yakin dengan kemampuan bakat tempatan berbanding pemain warisan untuk kembali bangkit memperbaiki kedudukan dalam Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin berkata, pemain tempatan perlu membuktikan mereka mampu beraksi dengan baik sebaik sahaja terpilih mewakili negara.
“Ambil peluang ini untuk berbakti kepada negara selain skuad kebangsaan tidaklah perlu menumpukan kepada pemain warisan semata-mata akan datang. Sebaiknya, ada keseimbangan,” katanya pada sidang media Malam Gemilang Bintang Juara FC (BJFC) di Hotel Grand Kampar di Kampar semalam.
Beliau merupakan salah penasihat kelab bola sepak itu yang menyasarkan mempunyai pemain mewakili negara pada masa depan.
Katanya, pemain tempatan turut perlu meningkatkan lagi kemahiran selain disiplin yang tinggi bagi bersaing dengan pemain warisan. – KOSMO! ONLINE

17 hours ago
7

![[VIDEO] Suami beli baju ‘ala hospital’ demi sedondon dengan isteri di hospital](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-28-at-4.51.14-PM.jpeg)













































