‘Hari ini sakit kepala melampau’

4 hours ago 2

PETALING JAYA – Selepas mengejutkan banyak pihak dengan pendedahan diserang seorang selebriti legenda semasa sesi latihan konsert ulang tahun ke-20 Mr D.I.Y semalam, penyanyi Shila Amzah memaklumkan dia mengalami sakit kepala yang teruk sejurus bangun tidur pagi tadi.

Pada masa sama, Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, 35, meluahkan kebimbangan dengan keadaan dirinya dan tidak pasti bagaimana untuk meneruskan aktiviti seharian termasuk mengadakan persembahan pada malam ini.

“Bangun tidur dengan sakit kepala yang melampau.

“Saya tidak tahu macam mana saya nak harungi hari ini,” katanya dalam InstaStory.

TANGKAP layar perkongsian Shila Amzah mengenai keadaan terkininya yang terkesan dengan insiden ‘diserang’ seorang penyanyi legenda. – INSTA STORY

Semalam, Shila mendakwa ‘diserang’ seorang artis legenda sehingga membuatkan dirinya mengalami kebimbangan melampau atau anxiety.

Pengurusnya yang dikenali sebagai Aini pula memberitahu pihak mereka sudah membuat laporan polis semalam.

Rentetan itu, beberapa nama artis senior mula menjadi sebutan netizen seperti Datuk Amy Search, Datuk Awie dan Ella yang turut membuat persembahan pada konsert yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur malam ini.

Usaha Kosmo! Online menghubungi Shila tidak berjaya apabila pengurusnya tidak menjawab panggilan telefon. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |