PETALING JAYA – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dia didakwa hampir kehilangan penglihatan selepas matanya terkena jangkitan kuman akibat memakai kanta lekap.
Menerusi satu hantaran pengguna oleh @lisyafauzi di media sosial, dia mendakwa kejadian tersebut berlaku apabila pelanggannya hampir buta disebabkan memakai semula kanta lekap yang telah lama terendam di dalam bekas simpanan tanpa menukar cecair pembersihnya.
“Awalnya client (pelanggan) beritahu saya yang raya pertama hari itu, dia pakai contact lens (kanta lekap) yang terendam lama dalam bekas, bila pakai semula, tiba-tiba mata pedih dan retina mata jadi hitam merah.
“Bila dia buka kanta lekap tu, terus blackout (gelap) tak nampak dan dah hari ke lima penglihatan masih kabur,” katanya.
Tambah Lisya lagi, dia menyarankan pelanggan tersebut untuk mendapatkan rawatan di sektor swasta apabila keadaan tersebut menjadi lebih serius.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut berkongsi rasa bimbang dan mengingatkan orang ramai sentiasa menitikberatkan soal kebersihan dalam menggunakan kanta lekap.
“Sebab itu kena tukar air selalu tapi orang anggap mudah sahaja benda ini,” kata pengguna Sunflowerhyo.
“Saya rasa kalau boleh pakai kanta lekap yang harian sahaja untuk nak lebih bersih sebab saya pun dah fobia pakai yang bulanan punya. Pakai yg bulan-bulan ini, selepas beberapa hari dah buat mata saya kering,” kata pula pengguna W1interdaisy.
Dalam pada itu, orang ramai turut dinasihati agar sentiasa menjaga kebersihan memandangkan bahagian mata adalah sangat sensitif.
“Kalau anda suka pakai kanta lekap, tolong pastikan betul-betul jaga kebersihannya. Sekali dah terkena jangkitan, ia boleh membawa kepada isu yang lebih serius.
“Sekiranya terkena jangkitan, terus cepat-cepat dapatkan rawatan pakar,” jelas Lisya lagi. – KOSMO! ONLINE

17 hours ago
9



![[VIDEO] Malaysia, China ‘kebal’ jika berlaku kenaikan harga minyak mendadak – JP Morgan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/minyak.jpeg)








![[VIDEO] Suami beli baju ‘ala hospital’ demi sedondon dengan isteri di hospital](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-28-at-4.51.14-PM.jpeg)



































