Festival FGV 2025 lebih meriah, pelbagai aktiviti, inovasi menarik menanti pengunjung 

6 hours ago 5

KUALA LUMPUR – Festival FGV 2025 kembali lagi dengan pelbagai aktiviti menarik yang menanti pengunjung dari 30 Julai hingga 3 Ogos ini bersempena Hari Peneroka FELDA 2025 di Karnival Mega 3 Dimensi (MK3D).

Selari dengan tema MK3D iaitu ‘Desaku Mendunia’, acara ini bukan sekadar acara korporat, sebaliknya bukti keyakinan dan sokongan FGV terhadap daya juang dan potensi industri desa untuk diketengahkan di peringkat global.

Festival FGV bakal menjanjikan pengalaman unik dan merupakan platform bagi memperkasakan peneroka FELDA selain mempamerkan bagaimana FGV memainkan peranan penting dalam industri minyak sawit negara, menyebar luas kebaikan serta kepelbagaian produk pengguna berasaskan sawit.

Orang ramai boleh mula mengunjungi Festival FGV bermula pada pukul 10 pagi hingga 10 malam di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Antara pengisian pada Festival FGV adalah demonstrasi memasak bersama chef selebriti iaitu Chef Wan Rathnor, Chef Anis Nabilah dan juga Datuk Chef Zam termasuk, pempengaruh seperti Hani
Fadzil,Ceddy Ang dan Ryan Howlett sekali gus memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat sendiri bagaimana minyak sawit digunakan secara kreatif dan berkhasiat.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan di Festival FGV 2025 termasuk pertandingan memasak Perajurit Dapur, jualan barangan pertanian, demo masakan serta pemberian sampel barangan FGV.

Lebih istimewa, Festival FGV turut memberikan penghargaan kepada peneroka FELDA dan pekebun kecil yang mana lebih 70 peratus buah tandan segar (BTS) yang diproses oleh FGV tidak mungkin dapat direalisasikan.

Festival FGV yang dianjurkan bersempena Hari Peneroka 2025 di Karnival Mega 3 Dimensi adalah salah satu wadah untuk FGV menzahirkan penghargaan kami kepada peneroka FELDA atas sumbangan mereka selama ini.

Dalam pada itu, Festival FGV kali ini menampilkan pelbagai aktiviti termasuk pertandingan memasak serta pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik melalui cabutan bertuah dengan nilai keseluruhan melebihi RM100,000.

Antaranya adalah jualan produk pengguna dan pertanian, pakej istimewa daripada FELDA Trave, Piala Teh Tarik,Canai Toss Off, Lesung Batu Showdown serta menyertai Jejak Lestari FGV.

Selain itu, Festival FGV juga diserikan dengan persembahan istimewa daripada barisan artis jemputan iaitu Ismail Izzani, Liyana Fizi dan Hyper Act.

Lebih menarik lagi, para pengunjung turut berpeluang mendapatkan pelbagai produk keluaran FGV di Kedai FGV, merangkumi minyak masak, krimer, beras, mi segera, santan, sos makanan dan pelbagai lagi barangan keperluan harian pada harga istimewa.

FGV sebagai pengeluar produk makanan utama Malaysia terus memainkan peranan penting dalam menyokong agenda sekuriti makanan negara dengan membawa produk berkualiti dan berkhasiat pada harga yang berpatutan kepada semua rakyat Malaysia.

Pengunjung juga boleh melepak santai melayani Sembang Kuali-Borak Sambil Memasak bersama pempengaruh terkenal.

Selain itu, salah satu daya tarikan utama festival tahun ini ialah pameran inovasi dan teknologi moden dalam sektor agrikomoditi.

Pengunjung berpeluang menyaksikan sendiri inisiatif dalam automasi, pendigitalan, dan tenaga boleh diperbaharui yang diusahakan FGV untuk memperkasakan industri.

Tidak ketinggalan, pameran berkaitan eko-pelancongan dan kelestarian komuniti, sejajar dengan komitmen FGV terhadap pembangunan mampan dan kesejahteraan rakyat.

Sebagai salah satu pengeluar minyak sawit terbesar dunia, FGV menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sektor perladangan, pemprosesan dan pembangunan komuniti luar bandar.

Melalui festival ini, FGV berharap masyarakat lebih memahami peranan yang dimainkannya dalam menyokong rantaian bekalan FELDA serta mencipta peluang baharu untuk semua. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |