FAM, Football Australia mahu jalin kerjasama

7 hours ago 3
  • Oleh MEJA SUKAN KOSMO!
  • 11 Julai 2025, 11:12 pm
Skuad B-15 menyertai Kejohanan Emerging Socceroos buat kali pertama atas jemputan Football Australia. - Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedia untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan Football Australia dalam memajukan program pembangunan bola sepak khususnya di peringkat akar umbi dan liga pembangunan.

Presiden FAM, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub mengakui pertemuan dengan pertemuan Pengerusi Football Australia, Anter Isaac di Melbourne, Australia telah membuka langkah tersebut termasuk perkongsian model kejayaan Football Australia dalam pembangunan pemain muda dan pertukaran pengetahuan dalam sistem liga pembangunan bagi meningkatkan kualiti bola sepak kedua-dua negara.

“Pertemuan ini membuka pintu kepada lebih banyak kolaborasi dengan Football Australia terutama dalam membina generasi pemain berkualiti dari peringkat akar umbi.

“Kami komited untuk membawa pulang ilmu terbaik bagi memacu bola sepak Malaysia ke tahap lebih tinggi,” kata Mohd Joehari.

Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya B-15 telah beraksi pada Kejohanan Emerging Socceroos 2025 yang menjadi platform penting bagi Football Australia dalam mengenal pasti bakat muda sebelum diserapkan ke peringkat profesional. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |