LEED – Selepas aksi tiga perlawanan tanpa kemenangan, calon juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal kembali menikmati tiga mata penuh selepas merekodkan kemenangan 4-0 membenam Leeds United di Elland Road awal pagi semalam.
Kemenangan itu kembali membuktikan keinginan Arsenal untuk memburu kejuaraan musim ini dengan meraih kedudukan dan jurang mata yang lebih selesa di persada liga.
Kejayaan itu juga menyaksikan The Gunners mengulangi sejarah yang pernah dilakar pada April 2000 apabila meraih lima kemenangan aksi di tempat lawan melibatkan perlawanan menentang Bournemouth, Portsmouth, Chelsea dan Inter Milan sebelum ini.
“Persembahan yang luar biasa menghasilkan keputusan yang sangat baik. Kami turun pada perlawanan ini untuk kembali membuktikan apa yang kami inginkan terutama ketika berdepan kesukaran menentang pasukan seperti Leeds.
“Mereka berada pada prestasi terbaik sejak beberapa perlawanan lalu, cara permainan mereka juga sangat bagus dan tenaga yang diberikan oleh peminat mereka menyebabkan apa keputusan yang kami raih kali ini sangat istimewa.
“Secara jujurnya, saya berpuas hati dengan apa yang kami lakukan sepanjang perlawanan ini. Mentaliti kami di tahap terbaik, kemudian kami menunjukkan kualiti untuk beraksi di liga ini. Cara permainan dipamerkan oleh setiap pemain juga menakjubkan,” kata pengendali Arsenal, Mikel Arteta.
Pada perlawanan itu, Arsenal membuka tirai jaringan menerusi Martin Zubimendi, sebelum gol dua terhasil menerusi jaringan sendiri pemain Leeds, Karl Darlow dan Viktor Gyokeres serta Gabriel Jesus turut mencetak nama selaku penjaring.
Perlawanan itu juga menyaksikan Declan Rice muncul pemain kelima termuda iaitu pada usia 27 tahun 17 hari berjaya membuat 300 penampilan di EPL di belakang Wayne Rooney, James Milner, Gareth Barry dan Raheem Sterling. – AGENSI

1 day ago
4


![[VIDEO] ‘Kenapa aku nampak kepala terbang’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-6.02.02-PM.jpeg)
![[VIDEO] Bergurau ketika solat, penghadang jatuh hempap budak hingga longlai](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-5.58.44-PM.jpeg)



![[VIDEO] ‘Faizah…hiburkanlah saya’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-3.46.22-PM.jpeg)









































