PETALING JAYA – Terus menjadi pilihan ramai penggemar snek sihat, jenama beras premium, ecoBrown’s melancarkan perisa keempatnya iaitu Himalayan Salt yang diperbuat daripada campuran beras perang, beras merah dan beras hitam.
Sebelum ini, ecoBrown’s, salah satu jenama di bawah syarikat Serba Wangi Sdn. Bhd. (SW), memperkenalkan Brice pada Ogos 2024 dengan dua perisa iaitu Spicy Cheese dan Seaweed, manakala Truffle pada Mei lalu, telah mendapat sambutan baik di pasaran.
Menurut Ketua Pemasaran Serba Wangi, Vynce Lim, pelancaran ini amat bermakna kerana ia berjaya mencipta detik istimewa bersama kawan-kawan, orang tersayang dan pelanggan setia untuk menikmati produk Brice bersama-sama.
“Himalayan Salt terkenal dengan khasiat kesihatan yang terkandung dalamnya. Perisa baharu ini boleh dinikmati oleh semua pelanggan setiap peringkat umur.
“Ia diperbuat daripada beras berkualiti premium. Ia rangup dan tinggi serat diet, vitamin B6 serta vitamin E.
“Dengan Brice, anda akan menikmati kepuasan bersnek ringan sambil mengekalkan tubuh yang sihat,” katanya pada majlis pelancaran produk baharu Serba Wangi itu di sebuah pusat beli-belah sini baru-baru ini.
Turut hadir Pengurus Akaun Utama Nasional, Kendy Liew.
Pelancaran perisa keempat Himalayan Salt ini disempurnakan dengan kehadiran bintang K-pop terkenal kelahiran Thailand, MINNIE daripada kumpulan i-dle.
Dengan slogan ‘Snack the Smart Way’, snek ini dihasilkan melalui proses dibakar, bukan digoreng selain tersedia dalam pek 40gram (g) dan 100g.
Sementara itu, Vynce turut melahirkan rasa apresiasi dapat bekerjaama dengan bintang K-pop terkenal, MINNIE yang membuatkan ramai peminat seperti terkena hipnosis ketika kunjungan ke pusat beli-belah tersebut.
“Kami sangat teruja dengan pelancaran ini yang menampilkan bintang yang sedang meningkat naik, MINNIE daripada i-dle.
“Dia dikenali ramai kerana bakat dan kecantikannya yang luar biasa sekali gus menawarkan pengalaman eksklusif yang tidak dapat dilupakan kepada pelanggan setia kami,” ujarnya.
Dalam majlis berkenaan, Brice meraikan 60 peminat bertuah yang memenangi peraduan Brice with MINNIE untuk hadir ke sesi bergambar eksklusif bersama idola mereka.
Sempena pelancaran itu juga, turut berlangsung Brice Roadshow yang diadakan selama lima hari bermula 9 Julai di Oval Concourse, pusat beli-belah 1 Utama.
Ujar Vynce, Brice Roadshow dianjurkan sebagai tanda penghargaan syarikat itu kepada pelanggan yang terus memberi sokongan penuh kepada produk tersebut.
Sepanjang acara berkenaan berlangsung, para pengunjung berpeluang memenangi hadiah istimewa dengan menyertai lima aktiviti permainan yang disediakan.
Selain itu, pengunjung juga boleh membeli produk Brice pada harga promosi iaitu RM10 bagi 3 pek 100g seaweed, spicy cheese dan Himalayan Salt.
Orang ramai juga boleh membeli pada harga yang sama bagi pek 40g untuk enam bungkus.
Sementara itu, bagi harga promosi Brice perise truffle, ia ditawarkan RM9 untuk dua bungkus seberat 100g, manakala empat bungkus dengan berat 40g berharga RM10.
Produk Brice kini boleh didapati di pasar raya besar seperti Jaya Grocer, Lotus’s, AEON dan lain-lain.
Sejak ditubuhkan pada 1993, SW telah berkembang menjadi salah sebuah pengilang dan pemborong beras terkemuka negara yang memberi tumpuan kepada perniagaan beras.
Perniagaan ini meliputi skala aktiviti yang meluas daripada pengilangan, pemprosesan dan pembungkusan, sehingga pengedaran pelbagai beras dan produk beras di bawah jenama utama Jati.
Pada 2019, SW melancarkan jenama baharu yang dikenali sebagai Jati Signature, iaitu jenama beras premium sebagai penghargaan kepada semua pengguna atas sokongan setia mereka.
Antara barisan produk terkenal di bawah syarikat adalah Kapal Layar, Carnation, Songhe Noble Pine Crane, Songhe Lotus dan ecoBrown’s. -KOSMO! ONLINE