Dua hari selepas Tun M, kini Tun Hasmah raikan ulang tahun ke-99

5 hours ago 3

PETALING JAYA – Selang dua hari dari ulang tahun bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kini giliran isterinya pula menyambut ulang tahun ke-99.

Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali, tokoh wanita yang sinonim dengan kelembutan dan dedikasi kepada kesihatan awam, genap 99 tahun hari ini, menjadikannya antara figura wanita Malaysia yang masih aktif memberikan inspirasi dalam usia hampir seabad.

Meskipun kini tidak lagi memegang sebarang jawatan rasmi, Tun Hasmah tetap aktif menghadiri majlis-majlis berkaitan kebajikan dan serta sering menemani suaminya dalam program-program tertentu.

“Dia wanita yang sangat budiman. Tutur katanya lembut teratur, pandangan matanya sangat ikhlas, selalu menguntuman dan dia lah semangat utama kepada Tun Dr Mahathir. Dialah bonda kita, Tun Dr Hasmah. Selamat ulang tahun ke-99 Tun. Semoga Allah selalu merahmati bonda,” kata salah seorang pengguna di Facebook.

“Selamat ulang tahun Tun Hasmah. Terima kasih kerana sudi memberi Tun M berkhidmat kepada rakyat dengan penantian yang jujur belaian kasih yang jujur kepada suami tercinta, semuga sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta,” komen seorang lagi pengguna.

“Selamat menyambut ulang tahun kelahiran Tun Hasmah. Semoga dirahmati Allah dan dikurniakan afiyat di dunia dan akhirat. Seorang lambang wanita yang gigih dan setia dibelakang kemasyhuran seorang suami yang disanjung tinggi,” ujar pengguna di X.

Dalam pada itu, orang ramai turut mendoakan agar pasangan negarawan itu terus diberi kesihatan dan ketenangan dalam usia emas mereka.

Tun Hasmah dilahirkan pada 12 Julai 1926 di Klang, Selangor dan merupakan antara wanita Melayu terawal yang menjadi doktor perubatan ketika itu.

Sebelum ini, pada 10 Julai lalu, Tun Dr. Mahathir menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 dan menerima pelbagai ucapan serta penghargaan dari dalam dan luar negara. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |