Doktor cekak pinggang, bengang ditangkap berkhalwat

10 hours ago 5
INDIVIDU yang juga doktor (kiri) mempersoalkan tindakan pegawai JAIM ingin memeriksa rumah sewanya di Taman Semabok Perdana, Melaka, petang tadi. - Foto oleh AMRAN ALI / KOSMO!
  • Oleh AMRAN ALI
  • 29 Julai 2025, 7:47 pm

MELAKA – Sepasang kekasih yang juga merupakan doktor di sebuah hospital awam di negeri ini ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas disyaki berkhalwat di sebuah rumah sewa di Taman Semabok Perdana, di sini petang tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 3 petang itu, doktor lelaki terbabit pada awalnya enggan membuka pintu, namun akur kira-kira 20 minit kemudian selepas pihak penguat kuasa hadir bersama polis, imam dan penduduk setempat.

Lelaki berkenaan turut mempersoalkan tindakan pegawai JAIM membuat serbuan di rumah sewanya dalam keadaan mencekak pinggang. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |