Atuk cedera diserang gajah liar ketika ke surau

15 hours ago 5
KEADAAN warga emas yang cedera di telinga selepas diserang seekor gajah liar ketika hendak ke surau untuk menunaikan solat subuh di Kampung Wak Salam, Mersing, awal pagi tadi.
  • Oleh MASTURAH SURADI
  • 29 Julai 2025, 10:51 am

MERSING – Seorang lelaki warga emas berdepan detik cemas apabila diserang seekor gajah liar ketika hendak ke surau untuk menunaikan solat subuh di Kampung Wak Salam, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa berusia 64 tahun dikatakan baru sahaja melangkah keluar dari pagar rumahnya sebelum haiwan berkenaan datang secara tiba-tiba dan menolaknya sehingga terjatuh.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, ekoran kejadian itu mangsa mengalami kecederaan di bahagian telinga.

“Setakat ini tiada laporan polis, berdasarkan maklumat, mangsa adalah seorang lelaki warga tempatan umur 64 tahun hendak ke surau untuk solat subuh pagi tadi.

“Mangsa kemudian ditolak oleh gajah di hadapan pagar rumah sehingga jatuh dan cedera. Mangsa dirawat di HSI Johor Bahru kerana cedera di telinga dan setakat ini tiada cedera serius,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |