- Oleh KOSMO!
- 15 Julai 2025, 12:19 pm

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-79.
Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman media sosial rasmi beliau, Anwar turut mendoakan agar Sultan Hassanal Bolkiah sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan terus dikurniakan kesihatan serta kesejahteraan untuk memerintah dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.
“Saya mendoakan semoga Kebawah Duli Tuanku kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan penuh kebijaksanaan dan keadilan.
“Malaysia dan Brunei Darussalam berkongsi hubungan istimewa yang terjalin atas dasar sejarah, budaya dan agama yang sama.
“Insya-Allah, hubungan dua hala dan kerjasama strategik antara kedua-dua negara akan terus diperkukuh demi manfaat bersama rakyat,” katanya.- KOSMO! ONLINE.