Gambar hiasan.
- Oleh NUR ALWANI ZAFIRAH KHAIRUL
- 10 Oktober 2025, 5:24 pm
PETALING JAYA – Kerajaan komited membela nasib golongan ibu tunggal miskin dengan menyediakan bantuan guaman bagi membantu mereka menyelesaikan kes-kes mahkamah seperti perceraian dan tuntutan hak penjagaan anak.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 5,000 ibu tunggal.
“Kerajaan akan membela nasib 5,000 ibu tunggal miskin yang memerlukan bantuan guaman bagi penyelesaian kes-kes mahkamah seperti perceraian dan hak penjagaan anak,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini. – KOSMO! ONLINE

3 weeks ago
24

![[VIDEO] ‘Guru besar ke? Nampak besar sangat ‘kabel’ dia guna…’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-07-at-10.32.20_1d1c3e72.jpg)



![[VIDEO] Selepas 7 tahun masuk Islam, giliran maknya pula ucap syahadah](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_0555.jpeg)











































