Sebahagian daripada 157 mat rempit yang ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun hari ini.
- Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
- 31 Januari 2026, 5:36 pm
DUNGUN – Perbuatan 157 mat rempit yang berlumba dan menunggang motosikal secara berbahaya di sekitar pusat bandar Dungun di sini membawa padah apabila mereka ditahan polis hari ini.
Kesemua mat rempit berusia dalam lingkungan 15 tahun hingga 30-an ditahan dalam Ops Samseng Jalanan dilancarkan polis pada pukul 2 pagi.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, operasi itu dijalankan berikutan rungutan orang ramai tentang aktiviti rempit yang semakin berleluasa di pusat bandar Dungun di sini.
Beliau berkata, mereka mendakwa sering terganggu dengan bunyi bising motosikal berlumba haram terutama pada hujung minggu.
“Sehubungan itu, Ops Samseng Jalanan dilancarkan dari Jalan Batu 49 hingga lampu isyarat Alor Tempoyak dan Jalan Lapangan Terbang Sura Hujung di sini.
“Hasilnya 157 penunggang berjaya ditahan dan motosikalnya disita,” katanya di sini hari ini.
Maizura berkata, antara kesalahan dikesan ialah tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, mengubah suai motosikal tanpa kebenaran dan ekzos bising. – KOSMO! ONLINE

3 days ago
12


![[VIDEO] ‘Kenapa aku nampak kepala terbang’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-6.02.02-PM.jpeg)
![[VIDEO] Bergurau ketika solat, penghadang jatuh hempap budak hingga longlai](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-5.58.44-PM.jpeg)



![[VIDEO] ‘Faizah…hiburkanlah saya’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-3.46.22-PM.jpeg)









































