[VIDEO] Nama saya Entah binti Ta’tahu

13 hours ago 9

PETALING JAYA – Seorang wanita warga emas memiliki nama unik iaitu Entah binti Ta’tahu sekali gus menarik perhatian pengguna media sosial.

Wanita tersebut yang tinggal di Kuala Krau, Temerloh, Pahang memberitahu namanya sewaktu berbual bersama Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said.

Video tersebut dikongsikan Ismail pada akaun TikTok dan beliau turut menunjukkan MyKad wanita itu yang tertulis nama Entah binti Ta’tahu.

“Anak-anak Gen Z tak caya (percaya) bila koi koba (saya bagitahu). Nah Mak Cik Entah bawa keluar IC (kad pengenalan). Nama unik ni satu je dalam Malaysia,” katanya.

Menerusi ruangan komen, pengguna media sosial turut berkongsi cerita berhubung datuk dan nenek mereka mempunyai nama unik.

“Nenek saya nama Sepak binti Tunggul,” komen pengguna TikTok Sahabatku Yang Empat.

“Nenek saya pula Sampah. Datuk saudara saya pula, Pungut. Aku tak tahu lah orang dulu bagi nama anak macam mana,” komen Zoolzul88.

“Arwah mak saya pernah cerita ada orang nama ‘Entah Tak Tahu’. Kejadian berlaku sebab jururawat tu tanya nama bayi baru lahir. Maknya jawab Entah Tak Tahu. Jadi misi tu tulis la nama Entah binti Tak Tahu. Cerita tu dengar waktu kecil, tapi baru sekarang jumpa orangnya. Allahuakbar,” kata K Fiys. – KOSMO! ONLINE

@drismailsaid087 Anak2 Gen Z tak caya bila koi kabo. Nah makcik entah bawa keluar IC. Nama unik ni 1 je dalam Malaysia. Hehehe Entah Binti Ta’ Tahu. #dsims #fyp #foryou #hidupbiarberjasa #namaunik ♬ Nujum Pak Belalang Ukulele Tutorial by Azzmeir – Azzmeir Yunadi 🎤🎶
Read Entire Article
Pertanian | | | |