BERLIAN seberat 17.96 karat itu disahkan sebagai gred ‘kuali permata’ dan sangat berharga. - PTI
- Oleh KOSMO!
- 13 Ogos 2026, 6:29 pm
NEW DELHI – Nasib tujuh pekerja di daerah Panna, negeri Madhya Pradesh berubah sekelip mata selepas mereka menemukan sebutir berlian bermutu tinggi bernilai lebih AS$52,400 (RM214,000) di tapak perlombongan lama yang mereka sewa, lapor stesen penyiaran BBC.
Berlian seberat 17.96 karat atau lebih 3 gram itu disahkan oleh Pegawai Berlian Panna, Ravi Patel sebagai berlian gred ‘kualiti permata’, iaitu antara varieti berlian semula jadi terbaik yang wujud.
“Berlian berharga ini akan dimasukkan ke dalam senarai lelongan awam pada Oktober ini.
“Kami menganggarkan nilainya boleh mencecah sekurang-kurangnya AS$52,400,” kata Patel.
Daerah Panna terkenal sebagai pusat rizab berlian terbesar di India, namun ia kekal sebagai antara kawasan paling mundur yang dibelenggu isu kemiskinan, pengangguran serta krisis bekalan air.
Majoriti penduduk bergantung harapan pada aktiviti mencari berlian untuk keluar daripada garis kemiskinan. – AGENSI

5 hours ago
5


![[VIDEO] ‘Tak sangka mi goreng dan cekodok boleh ‘seviral’ ini’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-13-at-19.53.42.jpeg)













































