Shah Alam catat IPU tidak sihat

6 hours ago 4
Gambar hiasan.
  • Oleh KOSMO!
  • 13 Ogos 2026, 5:34 pm

PETALING JAYA – Kualiti udara di Shah Alam pada petang ini berada pada tidak sihat apabila mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 109.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), sebanyak sembilan lagi kawasan mencatatkan IPU tidak sihat iaitu di Cheras, Kuala Lumpur (141) dan Johan Setia (154).

Sementara itu di Sarawak, bacaan IPU tidak sihat paling tinggi direkodkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serian dengan bacaan 179.

Turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah di Samarahan (177), Kuching (175), Sri Aman (163), Sarikei (158), Mukah (152) dan Sibu (150). – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |